Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah

July 4, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan perbicaraan rasuahnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung 11 keterangan saksi yang cuba diperolehnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Zahid yang diperintah membela diri dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Beliau berkata Zahid tidak akan dinafikan perbicaraan yang adil walaupun prosiding diteruskan sementara menunggu rayuan presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

NST melaporkan Sequerah sebagai berkata, tertuduh sentiasa boleh menemu bual saksi tanpa sebarang halangan daripada pihak pendakwaan.

Lebih-lebih lagi, beliau berkata Zahid tidak sepatutnya mempunyai sebarang isu bertemu saksi kerana kebanyakan mereka melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Dengan itu beliau memutuskan pemeriksaan balas terhadap tertuduh dan prosiding diteruskan seperti yang dijadualkan.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran menggesa mahkamah menolak sebarang percubaan Zahid untuk menangguhkan prosiding dan keputusan perbicaraan.

Menurutnya permohonan itu adalah cubaan menghalang prosiding rasuah yang sedang berjalan dan menangguhkan keputusan perbicaraan.

Raja Rozela menggesa mahkamah menolak percubaan sebegitu oleh Presiden UMNO itu.

Beliau berkata Zahid sedang menghadapi pertuduhan yang sangat serius dan perbicaraan itu mendapat perhatian orang ramai.

“Perbicaraan ini melibatkan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan beliau berdepan pertuduhan yang sangat berat.

“Perbicaraan ini adalah kepentingan awam dan negara dan sebarang percubaan untuk menghalang prosiding mesti ditolak,” katanya sambil menegaskan bahawa kenyataan saksi yang diminta Zahid melibatkan kebanyakan ahli keluarganya – termasuk abang, anak perempuan dan bekas setiausahanya.

Raja Rozela juga menegaskan bahawa perbicaraan itu mengambil masa tiga tahun dan bukan hanya di peringkat pembelaan selepas Zahid diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan itu.

Beliau berkata demikian ketika membantah permohonan Zahid untuk menghentikan prosiding yang sedang berjalan sementara menunggu keputusan rayuannya untuk mendapatkan keterangan saksi yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zahid memfailkan permohonan penangguhan itu kerana mahu Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusannya terlebih dahulu.

Pada 9 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zahid untuk mendapatkan akses kepada kenyataan 11 saksi yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sequerah menolak permohonannya atas alasan dasar awam dan kepentingan awam.

Pada 24 Januari lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjawab semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Sequerah memerintahkan Zahid, membela diri atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Zahid, didakwa menggunakan dana YAB untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Presiden UMNO itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Perbicaraan bersambung esok

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
16 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok