Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan kenyataan 15 saksi kes YAB

May 9, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan rakaman kenyataan 15 saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah beliau membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata mahkamah perlu mengambil kira polisi dan kepentingan awam dalam memutuskan permohonan itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan Suruhanjaya Sekuriti, lapor Bernama.

“Pada Pandangan saya, unsur polisi dan kepentingan awam berlanjutan sehingga ke peringkat pembelaan dalam perbicaraan kes jenayah. Mereka (saksi) boleh terdedah kepada intimidasi dan sebagai contoh, diugut agar memberikan keterangan yang berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan.

“Tindakan membalas dendam mungkin diambil terhadap pendedahan yang dibuat dalam kenyataan terbabit dan perkara ini bukan sesuatu yang tidak berasas. Saksi berpotensi akan menjadi keberatan untuk tampil memberikan kenyataan dan keterangan kerana kerahsiaan adalah tidak terjamin sekali gus menyebabkan berlaku gangguan dalam pentadbiran keadilan,” katanya.

Beliau juga berkata Pegawai Penyiasat SPRM Khairudin Kilau telah meluahkan kebimbangan mengenai sebab kenyataan saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan tidak sepatutnya diberikan.

“Khairudin mendedahkan dalam afidavit beliau bahawa saksi terbabit mempunyai hak istimewa kerana kenyataan terbabit dibuat sepanjang komunikasi rasmi dan secara sulit kepada SPRM,” katanya.

Hakim itu berkata Khairudin juga berpendapat bahawa sebarang pendedahan akan memprejudis dan menjejaskan kepentingan awam kerana kenyataan itu dibuat berdasarkan kepercayaanserta jangkaan bahawa ia akan kekal sebagai sulit.

“Khairudin berkata perkara ini akan menyebabkan bakal-bakal saksi keberatan untuk memberikan kenyataan dan boleh mengganggu siasatan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berkata kebimbangan yang disuarakan Khairudin terdapat dalam peruntukan Seksyen 124 Akta Keterangan.

Seksyen 124 menyatakan bahawa tiada pegawai awam boleh dipaksa untuk mendedahkan komunikasi yang dibuat kepadanya secara rahsia rasmi apabila beliau beranggapan bahawa kepentingan awam akan terjejas susulan pendedahan itu.

Pada 18 Feb lepas, pasukan pembelaan Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk mendapatkan kenyataan saksi terbabit.

Antaranya ialah kenyataan Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, yang juga saudara lelaki Ahmad Zahid kerana mendakwa ia penting dan mempunyai kaitan dengan pertuduhan ke-11 yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Pada 24 Jan lepas, Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Ahmad Zahid mula membela diri pada 13 April lepas dan akan menyambung keterangan pada 23 Mei ini.

Berita berkaitan
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
‘Jawab segera surat tawaran haji’
4 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
20 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok