[KEMAS KINI] Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh rayuan akhir kes SRC

August 16, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran rayuan terakhirnya terhadap sabitan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) – yang akan menyaksikan bekas perdana menteri itu dihantar terus ke penjara selama 12 tahun dan dikehendaki membayar denda RM210 juta – jika sabitan dikekalkan.

Keputusan itu diputuskan oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, selepas peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, mengemukakan permohonan secara lisan untuk menangguhkan prosiding rayuan berkenaan.

Empat anggota panel hakim lain yang turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nalini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Tengku Maimun menegaskan bahawa kes sebegini mesti diutamakan, sambil menambah bahawa masa yang diambil untuk kes ini, terutamanya bilangan tarikh yang ditetapkan bermakna banyak lagi kes jenayah dan tertuduh terpaksa menunggu giliran untuk rayuan mereka didengar.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir itu bermula Khamis ini.

Tengku Maimun dalam keputusan menolak penangguhan itu, berkata Najib mengetahui tarikh prosiding rayuan akhir, tetapi memilih untuk melantik peguam baharu mewakilinya.

Beliau berkata, walaupun itu adalah haknya untuk memilih tetapi Najib kemudian tidak boleh menyatakan bahawa peguamnya tidak bersedia dengan rayuan akhir.

Menurutnya permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan selama tiga hingga empat bulan hanya kerana mereka tidak bersedia untuk meneruskannya, adalah tidak boleh diterima.

“Secara terang-terangan, pihak pembelaan memohon penangguhan rayuan ini atas alasan mudah mereka tidak bersedia.

“Bagaimanapun, penetapan tarikh rayuan ini telah diketahui sejak pengurusan kes pada April iaitu kira-kira empat bulan lalu.

“Pihak-pihak kemudian dinasihatkan bahawa mahkamah akan meneruskan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Tengku Maimun berkata adalah jelas perayu mengambil tanggungjawab sendiri untuk melepaskan peguam lama kepada yang baharu, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (Tetuan Zaid Ibrahim) yang seterusnya melantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama.

Beliau menegaskan bahawa mahkamah telah tidak kurang daripada empat kali mengingatkan pihak-pihak berkaitan bahawa rayuan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Mengenai hujah peguam bela Najib bahawa beliau tidak bersedia untuk meneruskan kes itu, Tengku Maimun memetik Peraturan 6(a) Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 yang menetapkan bahawa seorang peguam bela dan peguam cara tidak boleh menerima kes yang dia yakin secara munasabah tidak dapat hadir dan mewakili pelanggan pada hari yang diperlukan.

“Peraturan am ialah peguam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk bersedia bagi perbicaraan dan rayuan pada hari yang ditetapkan.

“Adalah menjadi hak perayu untuk melepaskan bekas peguam caranya dan melantik yang baharu. Ini adalah haknya untuk berbuat demikian tetapi dia tidak boleh, selepas membuat keputusan itu, berpatah balik dan mengatakan bahawa peguam baharunya tidak bersedia untuk meneruskan perbicaraan kes rayuan itu.

“Peguam baharu juga, setelah menerima kes itu, tidak berhak untuk mengatakan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persediaan kerana mengetahui sepenuhnya bahawa tarikh telah ditetapkan lebih awal,” katanya.

Hisyam yang baru dilantik pada 21 Julai lalu, memohon budi bicara mahkamah untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir, sejurus mahkamah menolak permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Katanya, rayuan akhir itu membabitkan dokumen yang banyak iaitu sebanyak 179 jilid dan keterangan saksi yang ramai.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, pula memaklumkan bahawa pihaknya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan.

Berita berkaitan
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
Zaman ‘merpati’ jadi PM, Anwar dakwa hanya tidur atas lantai di penjara
September 23, 2022· Politik
Tak pernah lihat badan kehakiman bebas seperti sekarang: Musa Hitam
September 15, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Sokong tubuh RCI siasat kerajaan bayar RM6 bilion tapi LCS tak siap
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok