Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan khidmat QC Britain

July 21, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi hari ini (21 Julai 2022) menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja (QC) Britain, Jonathan James Laidlaw mewakilinya dalam rayuan terakhir terhadap sabitannya kerana menyalahgunakan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata walaupun tidak dapat dinafikan bahawa Laidlaw disifatkan sebagai ‘bintang’ dalam kes jenayah kewangan, ini sahaja tidak bermakna Laidlaw memiliki kemahiran, kepakaran, kelayakan dan pengetahuan khusus mengenai undang-undang jenayah di Malaysia yang relevan dengan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan pada 15 Ogos.

Ahmad Kamal berpandangan peguam bela dan peguam cara tempatan lebih berkemampuan untuk mengendalikan kes sedemikian di semua peringkat mahkamah di negara ini, sebelum beliau menyatakan bahawa tiada keperluan Laidlaw diterima secara ad hoc.

“Dengan mengambil kira semua fakta dalam afidavit sokongan, adalah menjadi pertimbangan saya bahawa pemohon telah gagal untuk memuaskan hati saya di bawah Seksyen 18(1) Akta Profesion Undang-undang yang bagi tujuan rayuan dan yang lain berkaitan dengan perkara itu, bahawa dia mempunyai kelayakan khas atau pengalaman yang tidak terdapat dalam kalangan peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

“Saya bersetuju dengan peguam negara , timbalan pendakwa raya, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur bahawa rayuan itu adalah rayuan yang boleh dikendalikan dengan cekap oleh peguam bela dan peguam cara tempatan.

“Oleh itu, usul asal ddengan ini ditolak,” katanya semasa menyampaikan keputusannya.

Hadir sama pada prosiding hari ini ialah pendakwa ad hoc, Datuk V Sithambaram – yang mengetuai pendakwaan dalam kes SRC International Najib – dan peguam Rahmat Hazlan mewakili Laidlaw.

Peguam Datuk Gurdial Singh Nijar dan Datuk Bastian Vendargon masing-masing mewakili Jawatankuasa Peguam KL dan Badan Peguam Malaysia.

Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Najib dalam tempoh 10 hari dari 15 Ogos hingga 19 Ogos, dan dari 22 Ogos hingga 26 Ogos.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel hakim bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan adalah jalan terakhir rayuan Najib terhadap sabitan dan hukumannya.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kenanga jangka kadar pengangguran akan terus menyusut
5 minit lalu · Isu semasa
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
25 minit lalu · Isu semasa
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
47 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
1 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok