
Najib tiba di Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 9.20 pagi tadi (23 Ogos 2022). - Gambar Heikal Rosli/Agenda Daily
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar perbicaraan rayuan terakhirnya hari ini (23 Ogos 2022).
Serentak itu, Tengku Maimun meminta keputusan muktamad disampaikan.
Susulan itu, Najib memohon kebenaran untuk bercakap kepada panel lima hakim diketuai Tengku Maimun.
Turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Datuk Nalini Pathmanathan; Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Najib kini sedang membaca dokumen disediakan di hadapan panel hakim.
BERITA LANJUT MENYUSUL