Mahkamah Tinggi batal perintah lepaskan Long Tiger

June 1, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Muar hari ini membatalkan perintah melepas tanpa membebaskan seorang lelaki Rohingya ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, yang diberikan Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu setelah mendapati terdapat kekhilafan sewaktu perintah dilakukan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Perintah itu dibuat berikutan kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada 23 Mac lalu.

Luqman Hakeem yang merupakan bekas pekerja Abdul Hamim terlibat dengan kemalangan jalan raya di Tangkak dan meninggal dunia di Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Dalam keputusan berkenaan hakim turut memerintahkan perbicaraan diteruskan di Mahkamah Majistret Tangkak dan mengarahkan Abdul Hamim hadir di mahkamah sama pada 5 Jun bagi penetapan tarikh sambung bicara.

Abu Bakar juga tidak membenarkan jaminan terhadap Long Tiger ketika keputusan semakan kehakiman dibacakan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh diwakili peguam, Puteri Aisyah Zahirah Zakaria.

Sementara itu, menurut laporan BH, Long Tiger tiba di Mahkamah Tinggi Muar kira-kira jam 9 pagi dengan dikawal ketat oleh polis.

Terdahulu, pada 17 Mei lalu, Mahkamah Majistret Tangkak memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Long Tiger yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar mengeluarkan perintah itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan ekoran kematian mengejut Luqman Hakeem pada pertengahan perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak kerana melarikan diri daripada tahanan mahkamah pada 15 Disember 2021.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Lelaki berketurunan Rohingya itu juga kini berdepan perbicaraan bagi kes mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah dan ugutan bunuh.

Long Tiger juga masih berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 kanun sama kerana merogol di Mahkamah Muar.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu· Politik
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
10 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
10 jam lalu· Isu semasa
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok