Mahkamah tetapkan 14 Dis pendengaran permohonan Rosmah singkir hakim

November 12, 2021 · Isu semasa

Tarikh 14 Disember diputuska sebagai tarikh pendengarah berhubung permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyingkirkan salah seorang Hakim Mahkamah Tinggi bersabit perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Permohonan tersebut yang dibuat secara talian oleh peguam isteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Geethan Ram Vincent yang memberitahu tarikh tersebut ditetapkan oleh Catherine Nicholas sewaktu pengurusan kes berkenaan secara dalam talian.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Thinn.

“Mahkamah turut memerintahkan pihak-pihak memfailkan afidavit jawapan dan balas pada 19 dan 26 November. Selain itu, hujahan kedua-dua pihak perlu difailkan pada 3 dan 10 Disember ini,”kata peguam itu.

Pada 2 November lalu, Rosmah memfailkan permohonan tersebut bagi menghalang Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang sedang mendengar kes rasuah berkaitan projek solar hibrid di Sarawak untuk terlibat dalam perbicaraan kes membabitkan tuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang akan mula dibicarakan Januari 2022.

Permohonan tersebut dibuat selepas Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Rosmah dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek solar hibrid dengan mengguna pakai keterangan yang dirakam sewaktu siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Menurut notis tersebut, keterangan dan eksibit-eksibit yang telah dikemukakan di dalam perbicaraan kes solar yang mana ia secara langsung dan tidak langsung boleh mempengaruhi Hakim Mohamed Zaini sekiranya beliau mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah.

“Pemohon mempunyai hak untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang adil dan adalah dilindungi sebagai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Hak ini akan diprejudiskan secara teruk dan menjadi sia-sia sekiranya Hakim Mohamed Zaini mendengar perbicaraan kes (pengubahan wang haram) ini,” kata Rosmah dalam notis itu.

Pada 18 Februari lalu, Hakim Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah untuk membela diri atas tuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta berhubung tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah kini sedang disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes rasuah solar. Perbicaraan itu akan bersambung pada 8 Disember ini.

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Wan Saiful mengaku tak bersalah terhadap pertuduhan pengubahan wang haram
October 25, 2023· Politik
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok