Mahkamah tangguh keputusan rayuan Ku Nan

April 22, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan pada Khamis menangguhkan keputusan berhubung rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suraya Othman berkata, mahkamah akan mengambil masa bagi menimbangkan perkara itu, dan akan memaklumkan kepada pihak berkaitan sebaik sahaja mahkamah menetapkan tarikh yang tepat.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengemukakan hujah masing-masing. Selepas menimbangkannya, kami memutuskan yang kami perlukan masa untuk membuat sedikit kajian sebelum memuktamadkan keputusan,” katanya yang bersidang bersama hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan tiga hari bermula hari ini untuk mendengar rayuan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan.

Bagaimanapun, prosiding yang bermula jam 9.55 pagi tadi tamat pada jam 12.52 tengah hari selepas peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan sebagai perayu, dan Timbalan Pendakwa Raya Asmah Musa selesai dengan hujah-hujah mereka.

Pada 21 Disember tahun lalu Tengku Adnan dijatuhi hukuman 12 bulan penjara dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.

Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
11 jam lalu· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok