Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir

July 1, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Ogos bagi keputusan rayuan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram selepas menangguhkan membuat keputusan kes itu hari ini.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali akan mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan berhubung bukti baharu yang dikemukakan di mahkamah berkaitan kes itu.

Kamaludin berkata mahkamah menangguhkan keputusan rayuan itu untuk kali terakhir, kerana kes itu sudah berjalan dalam tempoh lama.

“Sebarang keputusan daripada pihak SPRM perlu dibuat secepat mungkin,” katanya merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan pasukan pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, pasukan pembelaan bekas Pengerusi Tabung Haji itu memohon keputusan rayuan membatalkan pertuduhan itu ditangguhkan.

Peguam, Amer Hamzah Arshad, berkata ia bagi memberi ruang dan masa kepada SPRM menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurutnya beliau juga dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sedang meneliti perkara berkenaan daripada aspek tertentu.

“Pada 27 Jun lalu, kami menerima maklum balas daripada SPRM berkaitan representasi dan surat sokongan kes itu yang diserahkan oleh kami kepada AGC.

“Kami dimaklumkan mengenai isu dibangkitkan pasukan pembelaan, mereka (SPRM) akan ambil tindakan susulan dan buat penjelasan,” katanya menurut BH.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad, berkata pihaknya diberi arahan supaya tidak membantah permohonan pihak pembelaan.

“Kami dimaklumkan ada perkembangan terkini membabitkan kes itu dan AGC perlu masa untuk membuat penelitian menyeluruh,” katanya.

Pada 12 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Abdul Azeez bagi membatalkan kes sama.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati, pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez tidak cacat.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya, berkata mahkamah juga mendapati alasan permohonan Abdul Azeez tidak bermerit, manakala tertuduh gagal menunjukkan pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide (berniat jahat).

Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok