Mahkamah Perusahaan sesuai putuskan isu AS pecat pekerja

June 20, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Perusahaan adalah forum sesuai untuk memutuskan sama ada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dilindungi imuniti daripada tuntutan pemecatan salah yang difailkan oleh seorang bekas pengawal keselamatan yang bekerja di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini, berkata Mahkamah Tinggi bukanlah forum sesuai untuk memutuskan isu itu.

Beliau juga berkata kes pemecatan salah L. Subramaniam terhadap kerajaan AS sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.

Panel yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan kerajaan AS terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Subramaniam.

Dalam penghakimannya, Azahar berkata sama ada imuniti itu terpakai kepada kerajaan AS bergantung kepada penemuan fakta berkaitan ciri, tanggungjawab dan skop tugas Subramaniam.

“Keterangan yang relevan lebih molek dikemukakan kepada Mahkamah Perusahaan di mana perkara itu akan didengar dan kedua-dua pihak boleh saling menyoal balas berhubung ciri sebenar pekerjaan Subramaniam dan tindakan pemecatan itu,” katanya.

Subramaniam, 54, mendakwa beliau hanya menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan di kedutaan itu dan tidak terlibat dengan fungsi diplomatik atau keputusan kerajaan AS selain tidak memiliki sebarang akses kepada maklumat atau dokumen sulit yang berkaitan dengan kedutaan itu atau kerajaan AS.

Selepas bertugas lebih 10 tahun dengan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Subramaniam mendakwa telah dipecat secara salah pada 2008 dan beliau kemudian memfailkan representasi mengikut Sekyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menuntut agar jawatannya sebagai pengawal keselamatan dikembalikan.

Pada April 2019, Menteri Sumber Manusia ketika itu M.Kula Segaran merujuk perkara tersebut kepada Mahkamah Perusahaan.

Kerajaan AS kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi yang antara lain meminta agar keputusan Menteri Sumber Manusia dibatalkan dan deklarasi bahawa negara itu serta kedutaannya dilindungi imuniti daripada bidang kuasa Mahkamah Perusahaan.

Pada 8 Jan 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerajaan AS dan kedutaannya dilindungi oleh imuniti serta mengarahkan Mahkamah Peruasahhan agar tidak mendengar kes pemecatan salah Subramaniam.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada tahun lepas mengetepikan keputusan itu dan memerintahkan Mahkamah Perusahaan meneruskan pendengaran tuntutan tersebut yang menyebabkan kerajaan AS membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Lim Heng Seng mewakili kerajaan AS, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin hadir bagi pihak Menteri Sumber Manusia serta Mahkamah Perusahaan manakala peguam Tai Yong Fung dan Joshua Tan-Jo Ven mewakili Subramaniam. – Bernama

Berita berkaitan
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Kes saman KJ terhadap Jamal, mahkamah tetapkan 28 Jun pengurusan kes
May 30, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
8 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
10 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
10 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok