Mahkamah pernah tolak peguam diraja wakili perayu: Bagaimana nasib Najib?

June 2, 2022 · Isu semasa

Permohonan peguam diraja atau Queen’s Counsel (QC) Jonathan James Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak tidak akan diluluskan secara automatik tanpa mengambil kira beberapa syarat, biarpun betapa baik kelayakannya.

Ini kerana petisyen Laidlaw memohon kepada mahkamah untuk diterima masuk sebagai peguam di Malaysia mengikut Seksyen 18 (1) Akta Profesion Undang-Undang 1976, dua hari lalu (31 Mei) perlu dirujuk kepada beberapa pihak lain, termasuk peguam negara dan Majlis Peguam.

Seksyen 18 (1) itu menyatakan – walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Mahkamah boleh, bagi maksud mana-mana satu kes dan tertakluk kepada subseksyen yang berikut, menerima masuk seseorang untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang, jika dia seorang warganegara Malaysia, atau seorang pemastautin tetap di Malaysia, dia layak diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi dan tiada seorang pun boleh diterima masuk untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen ini melainkan jika:

(a) bagi maksud kes yang tertentu itu dia mempunyai, pada pendapat Mahkamah, kelayakan khas atau pengalaman daripada jenis yang tidak boleh didapati daripada kalangan peguam bela dan peguam cara di Malaysia; dan

(b) dia telah diarahkan oleh seorang peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

Bagaimanapun, Seksyen 18(3) akta berkenaan mewajibkan mahkamah mengambil kira pandangan “Peguam Negara, Lembaga, Setiausaha Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri di negeri di mana kausa atau perkara itu hendak didengar, bagi mendengar bantahan mereka.

Najib hanya mempunyai satu sahaja peluang lagi untuk merayu terhadap sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Bagi perbicaraan pada Ogos, bekas Perdana Menteri mendapatkan khidmat Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom, untuk menjadi peguam utama dalam rayuannya.

Najib sebelum ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020. Sabitan dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, terdapat penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diselesaikan.

Pada 25 Januari lalu, peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari UK.

Mahkamah Persekutuan pada 29 April memaklumkan kedua-dua peguam Najib dan pihak pendakwaan bahawa ia akan mendengar rayuan itu selama 10 hari dari 15 Ogos hingga 19 Ogos, dan dari 22 Ogos hingga 26 Ogos.

Sebelum ini, Najib mendakwa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan menggunakan logik dan rasional sendiri yang bercanggah dengan bukti yang membebaskannya daripada tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT), dan pengubahan wang haram.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata dia terkilan dengan apa yang menurutnya kesilapan undang-undang yang dibuat oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman masing-masing, menurut laporan itu.

Menurut pasukan pembelaan bekas Presiden UMNO itu daripada Tetuan Shafee & Co dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Laidlaw dikatakan “memiliki kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak ada” dalam kalangan peguam di Malaysia untuk kes itu.

Salah satu sebab permohonan Laidlaw dinyatakan ialah “akan melibatkan isu-isu serius, kompleks dan/atau novel berkaitan beberapa cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan perayu, pengendalian prosiding oleh pihak pendakwaan, adjudikasi kes jenayah oleh mahkamah perbicaraan dan pentadbiran sistem Keadilan Jenayah”.

Mengikut rekod, pada 2006, sebuah syarikat tempatan cuba menggunakan perkhidmatan QC Cherie Blair yang dikenali secara profesional sebagai Cherie Booth untuk hadir di hadapan Mahkamah Persekutuan bagi pertikaian komersial yang berterusan.

Booth juga merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Badan-badan institusi seperti Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur kemudian mengambil pendirian bersatu untuk menentang permohonan Booth.

Walaupun mahkamah mengiktiraf kelayakan Booth sebagai QC terkemuka yang mengkhusus dalam undang-undang awam, pentadbiran dan undang-undang komersial, mahkamah juga bertanya bagaimana Booth akan dapat membantu dalam kes itu kerana dia tidak terlibat semasa peringkat perbicaraan.

Mahkamah juga menyatakan bahawa adalah tidak benar bahawa tiada peguam bela dan peguam cara tempatan yang berkualiti dan dalam kalangan 12,000 daripada mereka di Malaysia yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sama.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Booth, dengan menyatakan bahawa Booth tidak menunjukkan dia mempunyai kelayakan dan pengalaman khas yang tidak terdapat dalam kalangan peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

Rayuan Najib berhubung kes SRC di Mahkamah Persekutuan ini akan menjadi rayuan terakhir yang boleh diteruskan bekas Perdana Menteri pertama Malaysia diheret ke mahkamah, memandangkan sabitannya di Mahkamah Tinggi dan rayuannya di Mahkamah Rayuan sebelum ini telah ditolak.

Jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Najib akan dihantar terus ke penjara.

Berita berkaitan
Pengikut setia Najib dijemput ke mesyuarat MT ganti tempat Tajuddin
June 24, 2022· Politik
Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan
June 24, 2022· Politik
Najib tak buat apa-apa berhubung pemindahan AS$700 juta 1MDB: Husni
June 22, 2022· Isu semasa
PM tak hadir Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel, Menteri Luar ganti
June 21, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
27 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
58 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok