Mahkamah mula dengar permohonan Rosmah minta hakim tarik diri

September 1, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini (1 September 2022) mula mendengar permohonan Datin Seri Rosmah Mansor yang meminta hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes rasuah terhadapnya.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh dalam hujahan lisannya memohon keputusan hari ini ditangguhkan bagi memberikan lebih masa kepada pasukan pembelaan memfailkan respond terhadap hujahan bertulis pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Ketua Pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram membuat bantahan, sambil menyifatkan permohonan agar hakim Mohamed Zaini menarik diri dibuat tanpa merit dan bersifat spekulasi.

Menurutnya kebocoran dokumen yang didakwa draf penghakiman sebelum ini sebenarnya bukanlah penghakiman sebenar.

Hakim Mohamed Zaini pula mengingatkan pasukan pembelaan “Anda berasal dari era apabila penyerahan bertulis tidak diketahui. Kagumkan saya dengan penyelidikan anda.”

Mahkamah berhenti rehat selama 30 minit bagi membolehkan Jagjit membuat persediaan untuk hujah lisannya mengenai permohonan supaya hakim menarik diri.

Pada Selasa (30 Ogos) Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – yang kini berada di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman 12 tahun – telah memfailkan permohonan saat akhir untuk menyingkir Mohamed Zaini daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.

Permohonan itu difailkan atas alasan kononnya penghakiman kesnya bocor. Keputusan penghakiman itu disediakan oleh pihak lain yang telah tular di media sosial pada 26 Ogos.

Rosmah sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Berita berkaitan
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
2 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok