Mahkamah lanjut gantung sementara pembangunan Bukit Cherakah

September 28, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (28 September 2022) membenarkan permohonan dua badan bukan kerajaan (NGO) untuk melanjutkan penggantungan sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah di sini.

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) berkata Hakim Shahnaz Sulaiman memutuskan demikian pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

“Mahkamah telah melanjutkan perintah penggantungan sementara itu sehingga pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang ditetapkan pada 19 Okt ini,” katanya menurut Bernama.

Pada 3 Ogos lepas, PEKA dan SACF memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden.

Sementara itu, Rajesh berkata mahkamah juga membenarkan permohonan Restu Mantap Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menjadi pencelah dalam kes itu bersama-sama YCH Development yang telah menjadi pencelah.

Pada 11 Ogos lepas, mahkamah membenarkan permohonan dua NGO itu untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu sehingga hari ini.

Kedua-dua NGO itu mencabar keputusan responden atas alasan, kesemua pihak terbabit tidak rasional membenarkan pembangunan di atas tanah seluas 406.22 hektar itu melalui pelaksanaan keputusan yang telah dibuat 22 tahun lepas selain menyifatkannya sebagai ‘lapuk.’

Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 11 dan 12 Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022· Isu semasa
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok