Mahkamah keluar waran tangkap pengasas Sugarbook

March 26, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, selepas gagal hadir pada prosiding tanpa sebarang sebab.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari, setelah Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asnaf Anuar Sharuddin memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Chan Eu Boon, 34.

“Tertuduh (Chan), peguam bela serta penjamin tidak hadir dan saya memohon agar waran tangkap dikeluarkan,” kata Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asnaf.

Mahkamah juga menetapkan sebutan waran tangkap dilakukan pada 15 Mei depan bagi yang tertuduh menyatakan sebab tidak hadir prosiding berkenaan.

Pada 24 Februari lalu, Eu Boon didakwa atas kesalahan menyiarkan hantaran bertajuk “Top 10 sugar baby university in Malaysia” di sebuah laman web pada kira-kira jam 10 pagi, 10 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama iaitu penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Berita berkaitan
Orang kenamaan jadi ‘sugar daddy’, selebriti jadi ‘sugar baby’
April 6, 2021· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok