Mahkamah benar Shafee ambil pasport ke Itali jumpa anak

June 30, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan pasport buat sementara, bagi membolehkannya ke Itali bagi urusan pertukaran sekolah anak perempuannya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memberikan pelepasan sementara pasport peguam itu yang diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan mulai 8 Julai hingga 11 Ogos selepas Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah permohonan tersebut.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee berkata anak guamnya perlu ke Itali untuk urusan proses pertukaran sekolah anak perempuan keduanya yang sedang belajar di International School for Europe di Milan, Itali ke The International School of Kuala Lumpur.

“Beliau juga akan berjumpa dengan anak perempuan sulungnya yang sedang belajar di Universiti John Cabot, Rome, Itali,” katanya menurut Bernama.

Menurut notis usul difailkan pada 24 Jun lalu, Muhammad Shafee memohon agar pasport antarabangsanya diserahkan kepadanya buat sementara selewat-lewatnya 1 Julai untuk beliau membuat persiapan berangkat ke Itali dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada 8 Julai.

Muhammad Shafee yang merupakan peguam bela utama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah dibenarkan ke luar negara beberapa kali selepas beliau sendiri didakwa di mahkamah.

Peguam berusia 70 tahun itu telah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah pada September 2018 setelah didakwa atas dua pertuduhan menerima RM9.5 juta yang merupakan hasil aktiviti haram melalui dua cek yang dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Muhammad Shafee juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Pada 12 Mei lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes berkenaan selepas memanggil lapan saksi sepanjang perbicaraan yang bermula 21 Mei 2021 dan hujahan lisan ditetapkan pada 15 Sept di hadapan Hakim Muhammad Jamil.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
10 jam lalu· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
16 jam lalu· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
18 jam lalu· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
20 jam lalu· Politik
Popular
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
53 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
57 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
1 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
10 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok