Mahkamah benar Najib, Nazifuddin tangguh prosiding kebankrapan

May 19, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka kerana gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta, sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin ketika dihubungi pemberita berkata mahkamah membenarkan permohonan itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.

“Permohonan penangguhan prosiding kebankrapan itu dibuat bagi membolehkan rayuan kedua-dua anak guam saya berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memerintahkan mereka membayar tunggakan cukai tersebut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dan menambah mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 4 Okt ini.

Prosiding itu turut disertai Peguam Hasil Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN, lapor Bernama.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb 2021 terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Mohd Nazifuddin pula perlu membayar RM37.6 juta dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 6 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM1.1 juta serta kos RM10,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM38,758,370.93.

Dua Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu, namun membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perintah penghakiman terus berkenaan sementara menunggu pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Najib dan Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus diperoleh LHDN dalam kes tunggakan cukai tersebut.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak permohonan Zahid halang kenyataan Dr M terhadapnya
5 jam lalu· Politik
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
July 4, 2022· Politik
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
July 4, 2022· Isu semasa
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid sahkan kepada mahkamah perbelanjaan ketika di luar negara
41 minit lalu · Isu semasa
Ringgit susut berbanding dolar AS
1 jam lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
4 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
9 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok