Mahkamah benar Guan Eng dapat sementara pasport ke Singapura

March 3, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (Jumaat, 3 Mac 2023) membenarkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Singapura bagi menghadiri upacara pengebumian bapa saudaranya.

Hakim Azura Alwi berkata, pasport itu akan dikembalikan kepada Guan Eng hari ini dan perlu dipulangkan semula kepada mahkamah sebelum atau pada 10 Mac ini.

Terdahulu, peguam bela Guan Eng, Syafiqah Sofian, berkata anak guam memerlukan pasport untuk ke negara itu selama dua hari bermula esok.

“Pada jam 6 petang, 1 Mac lalu, anak guam dimaklumkan bahawa bapa saudara, Lim Kit Hee, meninggal dunia. Oleh itu, Guan Eng mahu menghadiri upacara pengebumian mendiang di Orchid Hall, Singapura, esok.

“Anak guam tiada risiko melarikan diri kerana dikenali ramai sebagai Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bagan, selain dikenakan jaminan tinggi iaitu RM1 juta dan tidak pernah gagal menghadiri prosiding mahkamah kecuali sakit atau perlu ke Parlimen,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, tidak membantah permohonan pasport itu.

“Bagaimanapun, pasport berkenaan perlu dikembalikan semula sebelum tarikh pendengaran kes Guan Eng seterusnya iaitu 17 Mac ini,” katanya.

Guan Eng, 63, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta bagi membantu syarikat milik Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, di Tingkat 28, Komtar, Georgetown antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat sebagai penghargaan mendapatkan projek itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Guan Eng turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok