Mahkamah benar Bung Moktar, Zizie Izette tangguh bela diri kes rasuah

September 23, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (23 September 2022) membenarkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abd Samad menangguhkan keterangan bela diri bagi pertuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra dalam Unit Amanah Public Mutual.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya didengar di Mahkamah Sesyen hari ini sementara menunggu permohonan semakan jenayah diputuskan.

Bung Moktar dan Zizie memfailkan permohonan secara berasingan Isnin lalu antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil dan memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang mendengar dan memerintahkan mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah dan bersubahat.

Dalam permohonan itu, kedua-duanya memohon perintah Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang dibuat pada 2 September lalu, menurut Utusan.

Kedua-dua pemohon menyatakan, hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan yang merupakan saksi utama dalam kes tersebut.

Dalam notis usulnya, Zizie memohon Mahkamah Tinggi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap intipati pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, Hakim Rozina Ayob menetapkan keterangan bela diri kedua-duanya didengar pada satu tarikh yang akan dijadual semula dan menetapkan Isnin ini bagi sebutan kes untuk mengetahui perkembangan permohonan semakan.

Terdahulu, di hadapan Hakim Collin, peguam M Athimulan memohon perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu permohonan semakan didengar dan diputuskan.

Kata peguam bela, anak guamnya Zizie memfailkan permohonan tersebut Isnin lalu dan hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Bung Moktar turut memfailkan permohonan serupa manakjala pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid ditetapkan pada Isnin ini.

Athimulan berkata pihak pembelaan akan memfailkan permohonan rasmi agar kedua-dua notis usul disatukan dan didengar di hadapan seorang hakim.

“Kami tidak tahu sama ada pihak pendakwaan akan memfailkan bantahan atau afidavit berkaitan permohonan semakan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah memaklumkan, pihaknya akan memfailkan permohonan bantahan selepas memperoleh perintah penyatuan daripada mahkamah.

“Kami tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan perbicaraan namun ia tertakluk kepada hakim Mahkamah Sesyen,” ujarnya.

Hari ini, Zizie dijadual membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan suaminya menerima rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Pada 2 September lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan kedua-duanya membela diri selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pasangan suami isteri itu dijadual memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
12 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
34 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
35 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok