Mahkamah benar Arul Kanda beri keterangan terhadap Najib

June 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, memberikan keterangan terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes pindaan laporan akhir pengauditan syarikat pelaburan strategi negara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya Arul Kanda menjadi saksi pendakwaan mengikut Seksyen 63 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 20 Mei lalu, pihak pendakwaan memfailkan permohonan bertulis mengikut Seksyen 63 Akta SPRM 2009 untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi.

Di bawah Seksyen 63(1), dalam situasi di mana dua atau lebih orang didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak pendakwaan sekiranya permohonan bertulis dibuat oleh pihak pendakwaan.

Seksyen 63(3) Akta SPRM menyatakan:

“Tiap-tiap orang yang dikehendaki supaya memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang, pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah, hendaklah berhak menerima perakuan tanggung rugi di bawah meterai mahkamah itu yang menyatakan bahawa orang itu telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi galangan bagi segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua benda itu.”

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Prosiding perbicaraan kes itu bersambung dengan Arul Kanda memberikan keterangan pagi ini.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
8 jam lalu· Politik
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
9 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
9 jam lalu· Isu semasa
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
9 jam lalu· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok