Mahkamah beku aset 23 defendan kes RM400 juta Bank Pembangunan

July 8, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memperoleh injunksi mareva terhadap 23 daripada 27 defendan sebagai sebahagian daripada saman sivil berhubung pinjaman RM400 juta yang diberikan kepada Aries Telecoms (M) Bhd, yang didakwanya dilakukan secara haram.

The Edge Markets melaporkan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad memberikan injunksi untuk membekukan aset 23 defendan, antaranya bekas presiden dan pengarah urusan kumpulan bank itu Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim.

Defendan lain yang dikenakan injunksi termasuk pengarah Aries, Shailen Popatlal; bekas pengarah Aries Roslina Ibrahim; Pengarah Paneagle Sdn Bhd Abdul Wahid Abdul Ghani; Pengarah Open Fiber Sdn Bhd Mohd Radzi Mohamed; dan Orient Telecoms Sdn Bhd dan pengarahnya Mustafa Ali Zaminali Sayed, Muhammad Shazhakim Shazarul Hisham dan Shaza Arina Shazarul Hisham.

Dua yang terakhir dilaporkan sebagai anak lelaki dan perempuan Roslina.

Injunksi mareva merupakan perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Silver Ridge Sdn Bhd dan pengarahnya Wong Chee Keong; BVS Trinity Sdn Bhd dan pengarahnya Abd Hadi Abd Majid; dan Zavarco plc dan pengarahnya Tunku Mazlina Tunku Abd Aziz turut dinamakan, lapor The Edge Markets, memetik dokuman yang difailkan di mahkamah.

Firma yang dinamakan sebagai defendan hanya dibenarkan menggunakan jumlah tidak melebihi RM20,000 sebulan untuk nasihat dan representasi undang-undang, dan “jumlah yang munasabah” untuk perjalanan perniagaan biasa dan wajar pihak-pihak terbabit.

Sementara itu, Zafer dan lain-lain dibenarkan jumlah tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan nasihat guaman dan representasi.

Perintah itu akan terus berkuat kuasa sepanjang prosiding.

Menurut fail mahkamah seperti yang dilaporkan oleh The Edge, BPMB menuduh 27 defendan bersubahat dan menggunakan cara yang menyalahi undang-undang untuk bukan sahaja menipu bank, tetapi menyembunyikan penipuan tersebut dan hasilnya.

BPMB mendakwa pinjaman itu diagihkan kepada Aries tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan.

BPMB juga mendakwa bahawa wang yang dimaksudkan untuk digunakan untuk projek gentian optik telah disalahgunakan, dan bahawa dana itu “disedut dan/atau dipindahkan secara tidak wajar” kepada entiti lain termasuk Paneagle Holdings Bhd, BVS Trinity Sdn Bhd, VCB Malaysia Bhd, Orient Telecoms Sdn Bhd dan Primawin Ltd – kesemuanya dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.

Kelulusan pinjaman RM400 juta itu diberikan berdasarkan pelantikan Huawei Technologies Co Ltd (Huawei China) sebagai kontraktor siap guna untuk membina, mengendali dan menyelenggara rangkaian untuk projek itu.

Bagaimanapun, Huawei China kemudiannya digantikan oleh Paneagle Holdings tanpa pengetahuan penuh, persetujuan atau kelulusan BPMB.

Di sebalik perubahan korporat ini, The Edge melaporkan bahawa pinjaman itu masih dikeluarkan dalam dua bahagian sebanyak RM200 juta setiap satu kepada Aries (ketika itu dikenali sebagai V Telecoms Bhd) kerana Zafer didakwa telah mengetepikan secara berasingan dua syarat tertentu yang diperlukan.

Berita berkaitan
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
11 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
14 jam lalu· Isu semasa
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022· Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok