Macau Scam perdaya kononnya mangsa dapat bantuan kerajaan

January 6, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu sindiket Macau Scam untuk menipu orang ramai dengan memperdaya mangsa kononnya menerima insentif dan bantuan kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket itu akan meminta mangsa menyerahkan nama pengguna atau kata laluan perbankan dalam talian atas alasan untuk memudahkan proses pembayaran.

Menurutnya mangsa akan menerima panggilan yang menyatakan mereka layak untuk menerima insentif atau bantuan daripada pihak kerajaan.

“Mangsa kemudiannya akan diminta untuk menyerahkan ID dan kata laluan perbankan dalam talian kononnya untuk memudahkan proses pembayaran bantuan tersebut.

“Setelah ID dan kata laluan diberikan, mangsa mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Beliau berkata melalui pemantauan yang dilakukan, sindiket terbabit didapati kerap mengubah modus operandi untuk memperdaya mangsa.

Mohd Kamarudin juga berkata satu lagi taktik digunakan ialah menghubungi mangsa dengan memaklumkan akaun bank mereka sedang disiasat dan wang akan dibekukan.

“Mangsa akan menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai dari agensi penguat kuasa seperti polis, mahkamah, bank Negara dan sebagainya.

“Mangsa akan dimaklumkan bahawa akaun bank mereka sedang disiasat dan wang meraka akan dibekukan atau hilang. Bagi mengelakkan perkara ini, mangsa akan diminta untuk membuka akaun bank baharu dan mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian dengan mendaftar nombor telefon yang diberikan oleh pihak sindiket.

“Setelah mengikut semua arahan yang diberikan, mangsa akan mendapati wang dalam akaunnya berkurangan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Kamarudin mengingatkan sebarang maklumat perbankan seperti ID, kata laluan dan nombor telefon adalah data yang amat penting dan sulit, serta tidak boleh diberitahu kepada orang lain, terutama individu tidak dikenali.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok