Mabuk, bergaduh akhirnya 12 lelaki ke lokap

October 2, 2021 · Isu semasa

Polis menahan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di kawasan Lebuh Farquhar, di Georgetown awal pagi semalam.

Polis dikatakan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 12.35 pagi semalam sebelum sepasukan polis bertindak ke lokasi berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal polis, beberapa lelaki dipercayai minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya timbul perselisihan faham yang berlarutan sehingga berlaku pergaduhan di luar premis makanan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar Gorgetown semalam.

Beliau berkata mereka direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular menerusi media sosial satu video berdurasi seminit memaparkan dua kumpulan membabitkan lebih 20 lelaki dengan ada yang bersenjatakan tukul besi bergaduh di kawasan Lebuh Farquhar.

Berdasarkan rakaman itu, ada yang mendakwa kumpulan tersebut mabuk selepas minum minuman keras di restoran di situ sebelum berlaku perselisihan faham dan pergaduhan.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok