Lubang benam: PLUS tutup laluan KM273.3-KM272.2 arah Utara

December 21, 2021 · Isu semasa

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan, susulan penemuan lubang benam di kawasan itu.

Dalam kenyataan hari ini PLUS berkata kerja-kerja penyelengaraan perlu segera dilaksanakan setelah lubang benam itu ditemukan pagi tadi.

“Pasukan PLUS Ronda mengesan lubang benam pada pukul 7.44 pagi dan bertindak menutup lorong buat sementara waktu, demi keselamatan pelanggan lebuh raya.

“Pada masa ini hanya satu lubang benam dikesan dan PLUS akan terus memantau kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan,” menurut kenyataan dikeluarkan PLUS itu.

Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan mengikuti semua papan tanda amaran lalu lintas di kawasan tersebut.

Kenyataan itu menyebut lorong kiri di laluan itu akan dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dan disahkan selamat untuk kegunaan pengguma lebuh raya.

Orang ramai boleh merujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya, untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di laluan yang terjejas.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok