LUAS arah kilang henti lepas efluen boleh cemarkan air sungai

June 11, 2022 · Isu semasa

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengarahkan sebuah premis kilang untuk segera menghentikan pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai, serta melaksanakan kerja pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang, susulan insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata arahan tersebut, dikeluarkan LUAS kepada premis tersebut berdasarkan Seksyen 121 (1) Enakmen LUAS 1999 dan proses pembersihan sedang dilakukan oleh pihak kilang tersebut.

Beliau berkata perkara itu dilakukan susulan maklumat yang diterima LUAS daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berhubung insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat pada jam 3.30 petang tadi.

“Siasatan LUAS telah menemukan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat. Hasil siasatan pihak LUAS mendapati punca insiden aliran air berwarna putih adalah disebabkan terdapat pelepasan efluen daripada ‘sump’ milik sebuah premis kilang, yang melepaskan aliran air putih ke sungai tanpa melalui titik pelepasan akhir efluen premis yang ditetapkan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata Kod Kuning selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor diaktifkan, melibatkan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar.

“LUAS telah menjalankan tiga pensampelan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa lanjut, dan LUAS akan membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata anggaran jarak lokasi punca pencemaran (premis berkenaan) ke tiga muka sauk terdekat iaitu, LRA Semenyih 2 (18 kilometer (km); LRA Bukit Tampoi (29.5km) dan LRA Labohan Dagang dalam anggaran 40.9km.

“Tindakan pantas kawalan di tapak, telah berjaya mengelakkan potensi henti tugas LRA. Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS, bersama pihak-pihak terlibat bagi memastikan sumber air Selangor terpelihara,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
June 7, 2023· Politik
Pencarum faham langkah kerajaan tak benarkan keluar KWSP: MB Selangor
June 5, 2023· Isu semasa
Noh bidas kerajaan Selangor usir peneroka di Bestari Jaya
June 5, 2023· Politik
Semasa PN perintah, Selangor tidak dipinggirkan walaupun negeri pembangkang: Sanusi
June 5, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok