LRT Stesen Kelana Jaya, Ampang Park dihentikan sementara operasi 7 hari

November 9, 2022 · Isu semasa

Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula pukul 6 pagi tadi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

Orang ramai masih boleh menggunakan khidmat perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights, lapor Bernama.

“Semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal iaitu pukul 11 malam bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja-kerja rektifikasi dan baik pulih.

“Pihak Rapid Rail akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rumit ini dalam masa tersingkat. Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen-stesen yang terjejas,” kata kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail).

Menurut kenyataan itu, punca gangguan kepada komponen elektronik Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih belum dapat dikenal pasti.

“Gangguan tersebut yang mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

“Ini adalah masalah serius yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pihak Rapid Rail dibantu pasukan khas pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Ini merangkumi ujian-ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Rapid Rail memaklumkan ATC yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan perkhidmatan tren LRT laluan Kelana Jaya pada Sabtu dan Isnin lepas.

Untuk status perkhidmatan terkini dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas perantara, orang ramai boleh merujuk saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE.

Berita berkaitan
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Sahih dilantik Pengerusi Mara, kata Zahid sahkan lantikan Asyraf kalah PRU
March 12, 2023· Politik
Dengan sokongan UMNO, PMX yakin kerajaan akan kekal habis penggal
March 7, 2023· Politik
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok