Lonjak ekonomi menerusi pelaburan dalam sektor strategik baharu

November 17, 2021 · Isu semasa

Malaysia mampu membina semula kekuatan dan melonjakkan ekonomi negara menjadi lebih baik sekiranya sektor strategik baharu dapat diteroka dalam kalangan pelabur asing seterusnya menjadikannya sebagai rantaian bekalan global.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata antara sektor strategik baharu yang boleh dibangunkan dengan lebih erat ialah ekonomi digital, kesihatan awam dari segi penyelidikan penyediaan pandemik masa depan, peralatan perubatan, perubatan, kelestarian alam sekitar serta pertahanan dan keselamatan.

“Saya melihat lebih banyak ruang dan peluang untuk syarikat dari negara seperti United Kingdom (UK) untuk masuk dan melabur di Malaysia bukan sahaja dalam sektor yang sudah dipelopori tetapi juga sektor strategik yang baharu.

“Ini juga selari dengan perbincangan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam misi perdagangan beliau ke UK pada Oktober lepas apabila beliau telah memaklumkan hasrat syarikat dari UK untuk melabur sebanyak RM800 juta di Malaysia,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama British Malaysia Chamber of Commerce (BMCC) hari ini.

Katanya dalam MPN menyusun strategi untuk memastikan pemulihan negara didorong oleh pertumbuhan, pelaburan termasuk pelaburan langsung asing (FDI) itu penting untuk memastikan sektor strategik ekonomi negara seperti sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan dapat terus berkembang.

“Ia juga bagi menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

“Dalam bergerak ke hadapan, proses pemulihan negara kita perlu terus berusaha meyakinkan pelabur mengenai prospek ekonomi Malaysia,” katanya.

Mengenai pertemuan khas yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu, Muhyiddin berkata perbincangan seperti ini amat penting untuk mendengar buah fikiran dan bertukar pendapat dengan pemain industri termasuk syarikat antarabangsa yang telah melabur di Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk sektor pembuatan, perkilangan, petroleum, pertahanan, kewangan dan kesihatan.

“Ramai wakil daripada syarikat-syarikat besar dari UK yang hadir pada pagi ini membuktikan bahawa mereka berminat untuk mengetahui mengenai perkembangan proses pemulihan negara dan yakin bahawa prospek ekonomi Malaysia ke hadapan itu adalah cerah.

“Banyak perkara telah dikemukakan kepada saya dan saya telah minta BMCC untuk mengemukakan laporan dan cadangan. Saya akan memberikan ruang untuk mereka bentang dalam Majlis Pemulihan Ekonomi dan mungkin ada perkara yang boleh kita berikan perhatian dan laksanakan,” katanya.

Antara cadangan yang dikemukakan BMCC termasuklah insentif pelaburan, bantuan kos perniagaan, menyegerakan proses pengambilan pegawai dagang dalam sektor minyak dan gas.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata hubungan dagang antara Malaysia dan UK adalah satu hubungan strategik yang penting untuk kedua-dua negara.

“Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar UK dalam kalangan negara-negara ASEAN. Sebelum pandemik pada 2019, nilai FDI dari UK ke Malaysia adalah sebanyak £3.7 bilion tetapi pada 2020, UK tidak berada dalam senarai Top 10 FDI ke Malaysia,” katanya.

Ditanya sama ada peningkatan kes harian dan Covid-19 menjejaskan proses pemulihan negara, beliau berkata setakat ini, ia tidak memberi kesan kepada proses pemulihan.

“Memang ada peningkatan kes harian tetapi ini kategori satu, dua dan tiga… yang serius tidak begitu besar.

“Namun, ini juga perkara penting untuk diambil perhatian supaya kita tidak lupa untuk patuh kepada prosedur operasi standard termasuk penjarakan fizikal,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok