Long Tiger bukan pemegang IC biru, tapi IC sementara

January 2, 2022 · Isu semasa

Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab.Hamid bukan pemegang Kad Pengenalan (IC) biru dan juga bukan warganegara walaupun mengakui dirinya adalah rakyat Malaysia yang memiliki IC yang sah.

Sebaliknya, Utusan Malaysia melaporkan hasil semakan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan Long Tiger hanya pemegang IC Pemastautin Sementara atau MyKas.

Dalam laporannya, penemuan tersebut sekali gus menolak dakwaan bahawa Long Tiger memiliki kad pengenalan dan warganegara Malaysia.

Sumber memberitahu menerusi semakan sama, Long Tiger dilahirkan di Hospital Mentakab, Pahang pada Februari 1989 dan membuat permohonan MyKas ketika berusia 12 tahun.

Pengeluaran MyKas adalah amalan biasa kepada individu bukan warganegara atau mereka yang tidak dapat ditentukan kewarganegaraan.

Dalam hal ini, kata sumber itu, sijil kelahiran yang dikeluarkan kepada anak yang bertaraf bukan warganegara adalah sebagai rekod bahawa kelahirannya berlaku di Malaysia.

“Kelahiran seseorang individu yang berlaku di Malaysia tidak menyebabkan individu berkenaan memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

“Ini kerana kewarganegaraan seseorang ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa kandung mengikut peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Citizenship Rules 1964 serta perundangan berkaitan yang masih berkuat kuasa,” jelas sumber itu.

Sumber itu memberitahu, JPN bertanggungjawab mendaftarkan setiap kelahiran di negara ini tanpa mengira anak berkenaan bakal diiktiraf sebagai warganegara atau bukan warganegara.

“Perkara ini berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Bab 123 (No.11 Tahun 1951) bagi Negeri Sabah dan Ordinan Kelahiran dan Kematian Bab 10 (No.6 Tahun 1951) bagi Negeri Sarawak,” jelasnya.

Terdahulu pada 15 Disember, Long Tiger yang lari dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor ditangkap di Sungai Petani, Kedah selepas 13 hari menjadi pelarian.

Semasa ditahan lelaki berketurunan Rohingya itu disyaki dalam rancangan lolos ke Thailand atau Indonesia.

Polis turut merampas dokumen pengenalan diri Long Tiger dan selepas semakan ia bukan Mykad seperti yang dipertikaikan beberapa pihak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang akhbarnya turut memaklumkan memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Berita berkaitan
KDN tak beri kerakyatan besar-besaran kepada warga asing, kata Saifuddin Nasution
August 26, 2023· Isu semasa
Jangan hina penjawat awam, Ahmad Fadhli bidas Zahid dakwa ada ‘kacang hantu’
July 5, 2023· Politik
PRU-15 : AWAS! ‘scammer’ buat hal
October 31, 2022· Isu semasa
PRU-15: JPN lapor polis dakwaan warga Bangladesh dapat MyKad
October 25, 2022· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok