Lompat parti, kerajaan teliti model perundangan negeri dan luar negara

October 18, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedang mengkaji undang-undang yang digunakan di peringkat negeri termasuk kes mahkamah yang berlaku di beberapa negeri melibatkan pelaksanaan perundangan berkaitan lompat parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selain itu, kerajaan turut meneliti model perundangan beberapa negara seperti India, Singapura, New Zealand dan United Kingdom melibatkan peruntukan undang-udang lompat parti.

“Dapatan daripada kajian ini akan dibincangkan melalui sesi libat urus bipartisan,” katanya di Dewan Negara lapor Bernama hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam yang ingin tahu sejauh mana kesediaan kerajaan untuk mewujudkan undang-undang antilompat parti.

Wan Junaidi berkata kerajaan komited untuk memastikan undang-undang berkaitan antilompat parti yang akan digubal dapat melindungi hak rakyat di negara ini yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli politik ketika proses pilihan raya.

“Kerajaan akan memastikan sesi libat urus yang menyeluruh diadakan bersama pihak berkepentingan, badan bukan kerajaan, ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta rakyat agar rang undang-undang baharu yang diperkenalkan mendapat sokongan semua pihak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk A. Kesavadas mengenai bentuk libat urus yang sedang dilakukan oleh kerajaan dengan pakar-pakar perundangan negara luar bagi memuktamadkan inti pati undang-undang antilompat parti, Wan Junaidi berkata setakat ini tiada keperluan untuk mengadakan libat urus dengan pakar perundangan luar negara.

“Saya cukup yakin pihak kementerian saya dan juga Peguam Negara mempunyai cukup kepakaran selain daripada peguam-peguam kita di seluruh negara, maka keperluan libat urus dengan pakar undang-undang luar negara tidak perlu dibuat.

“Bagaimanapun, kita menggunakan model undang-undang di negara-negara yang saya sebutkan tadi dan kita boleh melihat kelemahan dan kekuatannya serta menilai dari sudut perlembagaan kita sendiri dan kehendak rakyat kita mengenai jenis undang-undang yang perlu kita perkenalkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok