Lombong Tasik Chini, Putrajaya tidak akan keluarkan sebarang kelulusan

June 20, 2021 · Isu semasa

Susulan isu penarahan di Tasik Chini, Putrajaya menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan yang akan menjejaskan alam semula jadi.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berkata usaha bagi menjaga kelestarian tapak rizab biosfera Tasik Chini yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah keutamaan dan perlu dijaga dengan sebaiknya.

“Selaras dengan fungsi kawal selia ini, KeTSA tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan seperti Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan mahupun kawasan yang telah diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

“Bagi maksud ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi permohonan dalam kawasan-kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu Tasik Chini menjadi perhatian selepas pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) berhubung kerosakan teruk akibat aktiviti perlombongan di Tasik Chini.

Kerajaan Negeri Pahang dilaporkan meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat.

Tasik Chini dan kawasan sekitarnya diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera UNESCO pada 2009.

Mengulas lanjut, KeTSA berkata langkah mempertahankan Tasik Chini perlu diambil segera Kerajaan Negeri Pahang bagi mengelakkan status yang diberikan UNESCO sebelum ini ditarik balik.

“Diharapkan dengan adanya inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang, pengiktirafan Tasik Chini sebagai tapak rizab biosfera MAB dapat terus dipertahankan.

“Pihak Sekretariat UNESCO Paris telah memberikan tempoh sehingga tahun 2022 untuk penilaian semula status tapak rizab biosfera Tasik Chini. Sebagai tapak rizab biosfera yang pertama di Malaysia, pengurusan Tasik Chini menjadi kayu pengukur kepada pengurusan semua khazanah alam semula jadi negara,” katanya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Pahang yang sebelum ini berdegil akhirnya akur untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu perlombogan di Tasik Chini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan segera akan diambil bagi menangani perlombongan di Tasik Chini walaupun sebelum ini enggan melayan desakan orang ramai dan pertubuhan alam sekitar berhubung isu tersebut.

Sebelum itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya kawasan Hutan Simpan Chini di Pekan seluas 4,600 hektar ditambah kepada 6,000 hingga 7,000 hektar bagi memastikan keindahannya dapat dikekalkan.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Siapa nak percaya cakap Zahid lagi? soal PAS Pahang
October 6, 2023· Politik
Mokhzani kekal Presiden MAM, mahu tangani lumba haram
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
15 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok