Lokman sahkan sudah terima saman Khairy, mahu lawan di mahkamah

February 7, 2022 · Isu semasa

Surat saman fitnah yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah diterima bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Adam dua hari lalu.

Memetik laporan media Malaysiakini, Lokman yang sebelum ini dipecat UMNO dan ditarik balik penggantungannya berkata akan mencabar saman yang dibuat oleh Khairy di mahkamah nanti.

“Saya dah terima (dokumen saman) dua hari lepas dan saya akan lawan,” katanya dipetik laporan tersebut.

Lokman dan penceramah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali Abu Syafiq pada minggu lepas disaman Khairy ekoran fitnah yang dibuat kedua-dua individu tersebut melibatkan isu vaksin Covid-19.

Saman Khairy itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari.

Untuk rekod, Lokman juga sebelum ini disaman Ketua Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar bagi menuntut ganti rugi RM30 juta.

Saman fitnah itu berhubung beberapa hantaran di laman sosial membabitkan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang yang bergelar ‘Datin’.

Mohd. Na’im, 55, yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Januari lalu dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan tunggal di Mahkamah Tinggi di sini.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd. Na’im mendakwa defendan telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Januari dan 13 Januari lalu.

Selain itu, Abu Syafiq juga sebelum ini membuat tuduhan fitnah terhadap Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan delegasinya dalam mengerjakan ibadah umrah Mac lalu.

Abu Syafiq dalam laman sosial Instagramnya mendakwa Muhyiddin dan delegasinya tidak mendapatkan vaksin ketika mengerjakan umrah di Arab Saudi.

Bagaimanapun, tuduhan tersebut dinafikan pejabat Mantan PM Kelapan tersebut dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
9 jam lalu· Isu semasa
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022· Politik
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok