Lokman Adam akur padam semua fitnah terhadap Khairy selepas disaman

February 17, 2022 · Isu semasa

Datuk Lokman Noor Adam telah memadam kesemua kenyataan dan video membabitkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu vaksin Covid-19 yang dimuat naik di media sosial.

Peguam Norfazilah Jaafar yang mewakili Lokman berkata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu telah memadam hantaran berkenaan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah, setelah Khairy memperoleh injunksi ex-parte (sebelah pihak) pada 3 Feb lepas, menurut laporan Bernama.

Khairy pada 25 Jan lepas, menfailkan saman fitnah terhadap Lokman, memohon suatu perintah injunksi supaya Lokman memadam kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen dalam tempoh 24 jam dan suatu injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.

Beliau juga memohon defendan untuk memadam kenyataan fitnah yang diterbitkan semula di semua portal berita serta akaun media sosial dalam tempoh 24 jam.

Norfazilah berkata pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian (Zoom), Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong membenarkan permohonan Khairy supaya injunksi ex-parte yang diperolehnya itu dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak) pada 10 Mei.

“Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi inter-parte, namun ditangguhkan kerana pihak defendan memohon tempoh masa untuk memfailkan afidavit balasan dalam permohonan injunksi itu.

“Mahkamah membenarkan defendan (Lokman) memfailkan afidavit balasan dan pernyataan pembelaan (berhubung saman) sebelum atau pada 3 Mac selain membenarkan permohonan plaintif (Khairy) untuk melanjutkan injunksi ex-parte,” kata peguam itu yang turut memaklumkan prosiding hari ini turut dihadiri peguam Abdul Rashid Ismail mewakili Khairy.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Khairy, 46, yang juga Ahli Parlimen Rembau memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa Lokman telah memfitnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Jan lepas, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan Youtube ‘Lokman Adam’ pada 10 Jan.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dia telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Menurut plaintif, penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas teruk serta mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional selain menyebabkan reputasinya direndahkan dalam kalangan masyarakat yang berfikiran waras.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok