LLM, perunding diberi masa 7 hari siap laporan perancah runtuh

June 20, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kerja Raya memberi masa seminggu kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan jurutera perunding Zaidun Leeng Sdn Bhd (ZLSB) menyediakan laporan lengkap berhubung insiden perancah besi Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) runtuh semalam.

Dalam kenyataan hari ini Kementerian Kerja Raya melahirkan kekesalan berhubung kejadian besi jatuh di lokasi itu pada jam 7.15 malam menyebabkan dua pekerja warga Bangladesh cedera.

“Kementerian Kerja Raya akan meneliti laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung insiden itu,” kata kenyataan itu.

Katanya, syarikat konsesi, Projek Lintasan Damansara Shah Alam Sdn Bhd (PLDSASB) turut diminta memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa terbabit insiden itu.

“Syarikat konsesi diarahkan menghentikan serta-merta kerja membabitkan struktur sementara. Untuk makluman semasa kerja menuang konkrit dijalankan, kawasan pembinaan ditutup sepenuhnya kepada pengguna seperti mana prosedur ditetapkan.

“Sebagai langkah keselamatan, lorong kanan kedua-dua hala di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di kawasan berkenaan turut ditutup sepenuhnya,” katanya.

Semalam, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, insiden itu tidak membabitkan orang awam atau pengguna lebuh raya kerana kejadian berlaku dalam kawasan pembinaan tertutup.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Aliran trafik di lebuh raya utama malam ini perlahan, lapor LLM
April 23, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok