Lima perusuh didakwa berhimpun tanpa memakai pelitup muka

July 14, 2021 · Isu semasa

Tiga pelajar dan dua penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas atas pertuduhan melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup muka di Parit Raja yang viral dalam media sosial dua bulan lepas.

Muhammad Farhan Mhd Basri, Nur Muhamad Afif Norazam, Faizul Naim Ahmad, Muhamad Al Azim Abd Rasid dan Muhamad Hafizul Helmi Zailan, berumur antara 19 hingga 23 tahun itu, membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Menurut laporan Bernama, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan lampu isyarat Parit Raja, dekat sini pada 2 pagi, 13 Mei lepas.

Mereka dituduh mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2021, yang boleh dihukum di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos menawarkan jaminan RM6,000 seorang, namun peguam Mohd Fared Mohd Khalid yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan tiga daripada mereka masih belajar manakala dua lagi tidak bekerja.

Majistret kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos depan.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok