Lima pelajar USAS rentung nahas di lebuh raya dekat Kuala Kangsar

May 12, 2022 · Isu semasa

Kelima-lima mangsa yang rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Km 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi, dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Naib Canselor USAS Tan Sri Nordin Kardi berkata pihaknya telah memaklumkan ahli keluarga pelajar berkenaan berhubung kejadian itu, yang berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang dari Ipoh selepas bercuti, lapor Bernama.

“Semua mereka adalah pelajar terbaik dan baru melaporkan diri selepas cuti Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan membantu keluarga waris pelajar berkenaan dengan menyediakan tempat tinggal serta keperluan lain sehingga selesai segala urusan.

Difahamkan lima pelajar berkenaan terdiri daripada Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, manakala tiga lagi adalah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Muhamad Nasrun dan Iqbal Hasnun merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam manakala Ahmad Naim Najmi adalah penuntut Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian, manakala Muhammad Nabil Haikal ialah penuntut Diploma Pentadbiran Perniagaan dan Ahmad Akmal penuntut Diploma Kaunseling Islami.

Selain beberapa anggota keluarga pelajar berkenaan, turut kelihatan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri.

Berita berkaitan
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Mahasiswa bimbang jadi tunggangan parti politik
March 5, 2023· Isu semasa
Banjir: Penduduk temui warga emas mati lemas dalam kereta
March 3, 2023· Isu semasa
PM pun tak pakai tali leher, kini ADUN DAP gesa universiti longgarkan kod pakaian
February 10, 2023· Politik
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
11 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok