Lima pegawai Mara beri keterangan kepada SPRM hari ini

February 11, 2022 · Isu semasa

Lima pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membantu siasatan berkaitan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan anak syarikat agensi itu, MARA Corporation (MARA Corp).

Mereka, yang merupakan antara 17 individu dikenal pasti bagi membantu siasatan kes itu, tiba di ibu pejabat SPRM pada kira-kira 3 petang secara berasingan, lapor Bernama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

“(Mereka) akan dilepaskan setelah tamat percakapan. Mereka dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya.

Pada Sabtu lepas, SPRM dilapor telah menerima laporan berhubung isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

Pada Ahad lepas pula, lima individu yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menafikan pembabitan mereka.

SPRM menyerbu ibu pejabat MARA, MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas dan antara yang dirampas ialah kertas cadangan serta minit mesyuarat lembaga pengarah, dokumen kewangan dan senarai gaji serta dokumen membabitkan sumber manusia.

Berita berkaitan
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
10 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri DAP tegur Menteri DAP dalam isu pegawai terlibat kes rasuah
May 28, 2023· Politik
Kenapa sita akaun Bersatu selepas Dewan Rakyat diberitahu tiada bukti dana judi?
May 28, 2023· Politik
UMNO terima penyertaan semula Isa Samad yang terpalit kes rasuah
May 27, 2023· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023 · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok