
Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 13 Februari 2022.
Lima negeri sahaja hari ini mencatat peningkatan jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, seiring penurunan kes positif di seluruh negara daripada 22,802 semalam kepada 21,072.
Lima negeri terbabit ialah Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak.
Kedah merekodkan 1,841 kes baharu hari ini berbanding 1,629 kes semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 193,132 kes.
Sehingga semalam seramai 177,520 pesakit Covid-19 di Kedah telah sembuh, 2,199 meninggal dunia dan 11,572 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 10,891 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 428 ditempatkan di PKRC; 239 dimasukkan ke hospital; dan 14 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga semalam, 1,578,325 atau 72.0 peratus populasi di Kedah telah lengkap divaksinasi, manakala 1,602,873 atau 73.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 617,821 atau 39.7 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.
Sebanyak 29 kluster di Kedah juga masih aktif dengan 26 daripadanya melibatkan kluster pendidikan; tempat kerja (dua); dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
Sementara itu, Pahang merekodkan 1,099 kes baharu berbanding 1,063 semalam; diikuti Negeri Sembilan (983 kes baharu, 731 semalam); Terengganu (297 kes baharu, 270 semalam); dan Sarawak (201 kes baharu, 186 semalam).
Sehingga kini negara mencatat 3,040,235 kumulatif kes positif, dengan 2,852,437 kes atau 93.8 peratus daripada telah pulih, 32,114 kes kematian dan 140,336 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 127,984 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 6,254 ditempatkan di PKRC; 5,922 dimasukkan ke hospital; dan 176 pesakit dirawat di ICU, dengan 98 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.