Enam negeri catat peningkatan kes hari ini

Sebanyak 6,387 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan sejak pandemik melanda negara ini sebanyak 785,039 kes.

Beliau berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus menjadi negeri dan wilayah di Lembah Klang yang menyumbangkan kepada jumlah kes tertinggi.

Selangor merekodkan 2,610 kes berbanding semalam 2,262 kes. Kuala Lumpur merekodkan kenaikan kepada 819 kes berbanding 616 kes semalam, manakala Putrajaya pula merekodkan 25 kes (16 semalam).

Pahang merekodkan kenaikan mendadak daripada 95 kes semalam kepada 312 kes hari ini. Sabah turut mencatat peningkatan kes iaitu sebanyak 263 berbanding 228 kes semalam, manakala Sarawak yang merekodkan 365 kes semalam meningkat kepada 424 kes hari ini.

Semalam sebanyak 6,045 kes baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan Lembah Klang terus menyumbang kepada jumlah kes tertinggi iaitu 2,878 jangkitan.

Data 4 Julai 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR