Lima lagi kluster pendidikan dikesan di tiga negeri semalam

Lima lagi kluster pendidikan dan dua tempat kerja dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, membabitkan 99 individu positif Covid-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Lima kluster pendidikan itu dilaporkan masing-masing tiga di Johor, dan satu di Sabah serta Negeri Sembilan, melibatkan 81 individu, terutama pelajar yang dijangkiti Covid-19.

Kluster pendudukan di Johor melibatkan:

  • Kluster Jalan Kempas 2 Kulai di Kulai – 18 kes;
  • Kluster Jalan Parit Raja Darat, Batu Pahat – lapan kes; dan
  • Kluster Purnama Seri Alam, Johor Bahru – 32 kes.

Sementara di Sabah pula ialah Kluster Jalan Apas Batu Lima, Tawau melibatkan 12 kes, manakala Kluster Jalan Masjid Lama Jelebu, Negeri Sembilan membabitkan 11 kes.

Dua kluster tempat kerja melibatkan Kluster Industri Balakong Jaya di Hulu Langat, Selangor membabitkan enam kes, dan Kluster Jalan Tampoi Tujuh di Johor Bahru melibatkan 12 kes.

Sehingga semalam, sebanyak 318 daripada 6,434 kluster yang dikesan di seluruh negara sejak awal 2020 lalu, masih aktif.

BERITA BERKAIT
POPULAR