Lima kluster baharu pendidikan dikesan di 5 negeri semalam

Kluster baharu Covid-19 berkaitan pendidikan terus meningkat apabila lima lagi dilaporkan dikesan di lima negeri dalam tempoh 24 jam semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah kluster pendidikan itu, 67 individu disahkan positif Covid-19, menurut statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.

Kluster pendidikan itu melibatkan:

  • Kluster Institusi Jalan Mengkibol, Kluang, Johor – 16 kes;
  • Kluster Induk Pekan, Pekan, Pahang – 6 kes;
  • Kluster Jalan Hulu Yam Bharu, Hulu Selangor, Selangor – 20 kes;
  • Kluster Persiaran Gagasan, Lembah Pantai, Kuala Lumpur – 9 kes; dan
  • Kluster Jalan Bakti, Tampin, Negeri Sembilan – 16 kes.

Sementara itu, tiga kluster tempat kerja turut dikesan di Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, semalam melibatkan 135 kes positif, dengan tertinggi direkodkan Kluster Terendak 2 di Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin, sebanyak 106 kes.

Dua lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan komuniti di Tangkak, Johor dan Beaufort serta Penampang, Sabah. Kedua-dua kluster itu melibatkan 37 kes positif Covid-19.

Keseluruhannya sebanyak 6,488 kluster Covid-19 dikesan sejak wabak itu melanda negara awal 2020 lalu, dengan 6,135 daripadanya telah ditamatkan dan 353 kluster lagi masih aktif.

BERITA BERKAIT
POPULAR