Lima individu positif Covid-19 dihalang ke Langkawi

September 16, 2021 · Isu semasa

Lima daripada 2,528 individu yang menjalani ujian RTK-Ag untuk melakukan perjalanan melancong ke Langkawi disahkan positif Covid-19 – hari pertama sektor pelancongan pulau peranginan itu dibuka semula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lima individu terbabit adalah pesakit kategori 1 yang tidak bergejala dan mereka kini menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) untuk diisolasi selama 10 hari.

“Adalah dimaklumkan bahawa, sehingga jam 12 tengah hari 16 September 2021, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

“Ini melibatkan sejumlah 1,250 orang yang telah disaring di empat (4) pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis.

“2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak lima kes positif Covid-19 telah dikesan; enam orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif.

“Baki 12 orang kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

Katanya, projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif Covid-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

“Kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didukungi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok