Lima beranak maut nahas kereta, treler

June 28, 2022 · Isu semasa

Lima beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat di Kuantan petang tadi (28 Jun).

Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7; Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6; dan seorang bayi yang belum dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata berdasarkan laporan awal nahas jam 3.40 petang itu membabitkan kereta jenis Toyota dan sebuah treler.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta terbabit dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan.

“Kereta berkenaan dikatakan memasuki lorong treler yang berada di laluan Kuantan-Segamat.

“Pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan tetapi terlanggar bahagian hadapan kereta berkenaan berikutan jarak terlalu dekat.

“Susulan kemalangan itu, pemandu dan empat penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler berumur 26 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan dan Taman Tas, di sini dihantar ke lokasi kemalangan.

“Lima mangsa di dalam kereta dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berita berkaitan
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan di Gerik
July 23, 2022· Isu semasa
Santhara mahu lepas jawatan Ketua Sayap, bukan keluar Bersatu: Wan Saiful
July 23, 2022· Politik
Tindakan keluar parti tak beri kesan besar, Hamzah bidas pentingkan diri
July 23, 2022· Politik
Pemandu treler terlibat nahas maut empat beranak mengaku tidak bersalah
July 21, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
20 minit lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
21 minit lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
54 minit lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
1 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok