Lima akta diluluskan di Parlimen semasa sidang lepas

May 22, 2023 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan lima akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng berkata ia membabitkan Akta Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika memulakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Alice turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 13 rang udang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lepas.

Sementara itu, beliau berkata Hari Terbuka Parlimen selama dua hari yang diadakan pada 6 dan 7 Mei lepas telah mendapat sambutan yang baik, justeru ia akan dijadikan acara tahunan Parlimen.

“Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Hari Terbuka Parlimen,” katanya.

Pada 6 Mei lepas, buat julung kali Parlimen Malaysia ‘membuka pintunya’ kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari bagi memberi ruang mengenali lebih dekat peranan institusi itu sebagai badan perundangan tertinggi negara dan sejarahnya.

Alice juga meminta semua Ahli Parlimen untuk mematuhi waktu yang ditetapkan ketika waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan Jawab Lisan bagi membolehkan soalan sehingga nombor 15 dapat dijawab setiap hari.

Beliau juga menasihati agar Ahli Dewan Rakyat agar memakai pelitup muka sepanjang persidangan sebagai langkah pencegahan Covid-19 serta mengambil langkah bersesuaian menjaga diri masing-masing, memandangkan cuaca kini agak panas.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
58 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok