LHDN lanjut masa kemuka borang taksiran 2020 hingga 31 Julai

June 11, 2021 · Isu semasa

Lapan kategori pembayar cukai yang menjalankan perniagaan diberi masa tambahan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2020 sehingga 31 Julai depan selaras inisiatif kerajaan meringankan beban rakyat.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata kategori itu membabitkan Individu, Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/Berkepakaran), Individu Bukan Pemastautin, Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan), Perkongsian, Pertubuhan, Harta Pusaka dan Keluarga Sekutu Hindu.

LHDN berkata inisiatif tersebut selaras dengan usaha kerajaan bagi meringankan beban pembayar cukai selepas mengambil kira kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengemukakan BNCP, susulan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ketika ini.

“Pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL, bagi tujuan pengemukaan BNCP,” menurut LHDN.

Bagaimanapun, bagi kategori Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad, Unit Amanah/Amanah Harta Tanah, Koperasi, Badan Amanah, Amanah Pelaburan Harta Tanah/Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan bagi Tahun Taksiran 2020 dan Tahun Taksiran 2021, tambahan masa dikekalkan seperti yang dinyatakan pada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 dan 2021.

LHDN menegaskan Program Memfail Borang Nyata tersebut boleh dimuat turun menerusi www.hasil.gov.my>Borang>Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 dan 2021.

LHDN telah menyediakan soalan lazim berkaitan Urusan Percukaian Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, yang boleh dicapai melalui pautan versi bahasa Melayu http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1.pdf dan versi bahasa Inggeris http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2.pdf.

Untuk pertanyaan atau maklumat balas berhubung perkara tersebut, orang ramai diminta menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Mahkamah kekalkan keputusan Najib dan anak perlu bayar cukai RM1.7 bilion
October 16, 2023· Isu semasa
PMX nafi beri arahan ambil tindakan terhadap pihak lawan
June 18, 2023· Politik
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok