Letupan kontena di kediaman MB Kedah ada unsur khianat: Polis

October 28, 2022 · Isu semasa

Polis Kedah mengesyaki kejadian letupan sebuah kabin kontena di dalam kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah pada 16 Oktober lalu, mempunyai unsur khianat.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kabin kontena itu pada jam 3.49 petang 18 Oktober.

“Siasatan awal telah membawa kepada penemuan beberapa sampel dan bahan bukti dipercayai digunakan untuk menghasilkan letupan.

“Pihak polis mengesyaki kejadian tersebut mem[unyai unsur jenayah khianat menggunakan bahan letupan.

“Kesemua sampel ditemui telah dihantar ke makmal bagi tujuan analisis lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini (28 Oktober 2022).

Menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan menggunakan bahan letupan terhadap sebuah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda.

Wan Hassan berkata masih menjalankan siasatan dan sedang mengenal pasti suspek terbabit dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Sebelum ini pada 17 Oktober lalu berlaku kejadian papan tanda dan pagar di Kediaman Rasmi Menteri Besar disimbah cat merah dan biru.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
23 jam lalu· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok