Lepas 4 tahun didakwa, kes Rosmah dibicara esok

May 11, 2023 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor, 72 bakal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok bagi perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya, lapor Utusan.

Dalam prosiding sebelum ini, pembelaan diingatkan oleh mahkamah supaya memberi keutamaan kepada kes itu kerana perbicaraan masih belum bermula walaupun selepas empat tahun Rosmah didakwa iaitu pada 4 Oktober 2018.

Kes isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ini juga akan dibicarakan pada 28 Mei dan 30 Jun; 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September.

Pada pengurusan kes 23 Mac lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn memaklumkan dijangka seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Rosmah yang diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent bakal berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Rosmah didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Rosmah juga sedang menunggu rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Rayuan itu dijadual didengar selama empat hari bermula 11 Julai hingga 14 Julai ini.

Rosmah disabitkan atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

 

Berita berkaitan
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
Rayuan Rosmah cabar lantikan Sri Ram diputuskan pada 22 Jun
May 18, 2023· Isu semasa
Jika tidak cukup, harus bagi kerajaan kutip cukai :Mufti P.Pinang
May 15, 2023· Isu semasa
Disaman syarikat barang kemas Lubnan, Rosmah perlu jawab dalam 3 minggu
May 12, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
10 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok