Lengkap vaksinasi kekal jadi syarat utama ‘kebebasan’: Khairy

October 1, 2021 · Isu semasa

Lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 kekal menjadi syarat utama membolehkan penyertaan orang ramai dalam setiap kemudahan sektor sosial dan ekonomi yang diumumkan bagi semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap.

Pengekalan syarat itu menyusul susulan perkembangan terkini peralihan fasa PPN bagi semua negeri, serta mengambil kira dominasi varian Delta iaitu sebanyak 94.9 peratus dalam kalangan varian baharu Covid-19 yang dikesan dalam negara.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keselamatan nyawa rakyat, mengukuhkan sistem kesihatan awam negara, melancarkan pembukaan semula ekonomi dan memastikan usaha kerajaan untuk memulakan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.

Ketika ini negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah berada dalam Fasa Dua PPN; manakala Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu serta Sarawak dalam Fasa Tiga; dan Negeri Sembilan serta Labuan dalam Fasa Empat.

Khairy berkata individu akan diiktiraf sebagai telah lengkap vaksinasi apabila telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi penerima vaksin jenis dua dos seperti Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac; manakala melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan bagi vaksin jenis dos tunggal seperti Johnson & Johnson dan CanSino.

Beliau berkata kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan sahaja tetapi juga kepada tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk,” katanya.

Khairy berkata perincian mengenai SOP fasa pemulihan negara akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Kesian, Anwar nisankan reformasi dengan pembebasan Zahid: Khairy
September 7, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
21 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
43 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
45 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok