Lembah Klang terus sumbang kes tertinggi hari ini

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit kepada 5,586 kes, berbanding 5,803 yang direkodkan semalam menjadikan kumulatif sebanyak 734,048 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua negeri di Lembah Klang masih menyumbang kes tertinggi dengan Selangor mencatatkan 2,212 kes, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (628 kes).

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, 10 negeri menunjukkan penurunan, manakala kes di enam negeri lagi meningkat.

Semalam, tujuh negeri iaitu Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Terengganu menunjukkan penurunan dalam kes baharu Covid-19.

Selangor kekal menjadi negeri yang melaporkan kes harian tertinggi melebihi paras 2,000 setelah kali akhir turun di bawah angka itu pada 22 Jun lalu iaitu 1,566 kes, manakala sehari sebelum itu merekodkan 1,346 kes.

Data 27 Jun 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR