Lelaki tembak mati pengawal berdepan tuduhan bunuh anggota polis

April 13, 2022 · Isu semasa

Penyamun yang terbabit dalam kes rompakan dan menembak mati pengawal van keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya bulan lepas, kini turut menghadapi pertuduhan membunuh seorang anggota polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata tangkapan lelaki berusia 38 tahun itu berjaya merungkaikan kes pembunuhan anggota polis yang sedang bertugas di balai polis Pinggiran USJ, Subang Jaya pada 2017.

“Kehilangan pistol milik anggota itu juga terjawab dengan rampasan sepucuk pistol semiautomatik jenama Walther P99 daripada tertuduh dan siasatan mendedahkan pistol yang sama digunakan dalam kes rompakan bank yang melibatkan tertuduh,” katanya memetik laporan Bernama, hari ini.

Abd Jalil berkata lelaki itu berdepan tujuh pertuduhan iaitu menembak mati pengawal keselamatan, cubaan membunuh, dua pertuduhan memiliki senjata api dan tiga pertuduhan samun bank bersenjata api sekitar Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor.

“Pertuduhan dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, selain Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Katanya, bagi pertuduhan memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol semiautomatik jenama Walther P99, lelaki tersebut didakwa mengikut peruntukan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan.

Bagi pertuduhan kedua memiliki senjata api, Abd Jalil berkata tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pada 11 Mac lepas, lelaki itu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian merompak dan menembak mati pengawal van keselamatan.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok