Lelaki sentuh isu kaum ketika persembahan komedi pula ditahan

July 15, 2022 · Isu semasa

Seorang lagi lelaki ditahan kerana dipercayai membuat persembahan komedi yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman di sebuah kelab komedi di ibu kota, seperti tular melalui dua klip video.

Difahamkan suspek merupakan pemilik kelab komedi, menurut laporan Bernama.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada esok bagi melengkapkan proses siasatan dan kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Baru-baru ini, dua rakaman video yang dipercayai memaparkan lelaki terbabit melakukan persembahan komedi di sebuah kelab komedi, tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermainkan serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis tersebut.

“Saya sudah meminta pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan siasatan terperinci mengenai perkara itu.

“Sekiranya benar, ia menyalahi syarat lesen yang dikeluarkan, tidak mustahil pihak penguat kuasa pelesenan DBKL mengambil tindakan lebih tegas yang boleh membawa kepada penutupan kelab terbabit,” katanya.

Kelmarin seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, manakala teman lelakinya didakwa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial.

Hujung minggu lalu, video berdurasi 54 saat tular di media sosial menunjukkan seorang wanita mendakwa telah menghafaz 15 juz al-Quran dan kemudiannya membuang tudung dan baju kurungnya, meninggalkannya dalam pakaian yang mencolok mata dan dianggap menghina Islam.

Pada Ahad (10 Julai), DBKL mengumumkan penutupan sementara kelab komedi itu sementara menunggu siasatan ke atas lesen premis itu.

Wanita terbabit, Siti Nuramira Abdullah, ditangkap dan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Teman lelaki wanita terbabit, Alexander Navin Vijayachandran, berusia 38 tahun pula didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan mengguna media sosial untuk mempromosi dan memuat naik kandungan bertujuan menghina orang ramai.

Berita berkaitan
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
January 26, 2023· Politik
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh: Operasi SAR disambung semula cari mangsa runtuhan
December 17, 2022· Isu semasa
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
22 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok