Lelaki miliki 10 rekod jenayah maut kena lapan das tembakan, ditetak

August 21, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki yang memiliki 10 rekod kesalahan jenayah lampau, termasuk kes jenayah berat membabitkan kes culik, maut ditembak dari jarak dekat dan ditetak dalam kejadian di tepi jalan Taman Sri Gadong, Klang, tengah malam tadi (21 Ogos 2022).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pada jam 12.22 tengah malam, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan memaklumkan terdengar bunyi tembakan dan melihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

Katanya susulan itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun berada dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

“Hasil siasatan mendapati bahawa tempat kejadian adalah di kawasan perumahan yang mempunyai dua jalan keluar masuk yang menghubungkan ke jalan utama.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mangsa sampai di hadapan rumah pada jam 12.17 tengah malam dengan menaiki sebuah kereta jenis Volkswagen Passat.

“Ketika mangsa sedang berjalan ke pagar rumah, datang sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dinaiki tiga lelaki yang meluru ke arah mangsa serta melepaskan tembakan lima hingga lapan das dari jarak dekat dan menetak mangsa dengan parang sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hong Fong berkata, walaupun ada rakaman CCTV, muka tiga suspek tidak dapat dikenal pasti kerana mereka memakai ‘topeng muka’.

Katanya, hasil semakan pihaknya juga mendapati mangsa mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah lampau termasuk kes jenayah berat membabitkan culik.

“Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

“Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali individu-individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-26650895 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Masalah mental, lelaki lebih cenderung sembunyikan
September 14, 2022· Isu semasa
Penjawat awam direman bantu siasatan kes rasuah RM35,000
August 4, 2022· Isu semasa
Laporan polis terhadap Apandi didakwa lindungi Najib dalam kes SRC
July 27, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
16 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok